Monday, June 11, 2007

Fried Spirali Grandi with Spicy Thai style



Menu utk mlm nie tak tau nk msk apa .. ty Irwan member blog .. apa nk msk mlm nie ..kalau boleh nk msk yg simple2 .. Rasa mcm nk mkn pasta lg (baik utk diet ) .. resepi asal adalah dr menggunakan resepi Bihun Goreng Tom Yam .. tapi telah diubah suai sedikit .. so dpt idea nk msk spirali nie Thai Style .. nama resepi nie diilhamkan oleh Irwan@Papa Irfan .. Thanks a lot Wan coz bg nama untuk resepi yg telah dimodified nie so pada yg on diet tue jgn risau resepi nie kiranya MUST TRY resepi he..he..he
Bahan 2 :
1/2 peket Spirali pasta
Isi ayam @ Daging, Udang, Sotong (terpulang pada individu)
Carrot, Kobis Bunga, kobis bulat, putik jagung, capsicum (terpulang pada individu)
Daun Limau Purut
Pes Tomyam/kiub tomyam
Sos Pasta Prego Traditional
Serai
Bawang merah & bawang putih
2 biji Cili Padi (tumbuk)
Cili kering yg dikisar
Asam keping
Rempah Oregano
Minyak untuk menggoreng
Daun bawang (dihiris halus)
Daun Sup (dihiris halus)
Bawang goreng

Cara2 :
1. Bahan Pasta -Fusilli yg direbus smp masak ..toskan ..kemudian jirus air paip sket ..jgn lama2 ..pas tu ltk butter dan gaul2kan ..utk bg pasta tu x melekat ..
2. Potong isi ayam,daging,udang,sotong kecil2..terpulang.
3. Potong sayur-sayuran
4. Tumbuk bawang merah+putih+cilipadi
5. Panaskan minyak
6. Tumis bahan-bahan tumis iaitu (4)
7. Kemudian masukkan cili kering yg dikisar sedikit (ikut kepedasan individu)
8. Setelah garing, masukkan bahan-bahan (2).
9. Masukkan pes tomyam, sos pasta Prego, sos tiram, cili sos sedikit, tomato sos sedikit. Dan masukkan sekali asam keping dalam 2 keping.
10. Kemudian masukkan sayuran yg keras2..seperti carrot,kobis bunga,putik jagung.
11. Masukkan spirali @ pasta dan kacau sehingga rata
12. Masukkan sayuran kobis & capsicum
13. Masukkan rempah oregano, garam secukup rasa & tutup api sekiranya dah masak.(Last skalie masukkan daun limau purut)
14. Hidangkan dan hiaskan dengan bawang goreng & daun bawang

1 comment:

Irwan said...

Sedap nya!!!! Nak kena try ni... Esok out from town,lusa la nak try.. Tak sabar pulak! LOL..