Wednesday, August 29, 2012

Pengesahan Murid Tahun 1/2013

senyumkenyit kawan-kawan semua ... korang ada tak yg dah dapat surat from sekolah nie? .. aku rasa surat ni smp masa bulan pose hari tue .. so kena isi borang yg disertakan kt surat ni, siapkan dokumen2 yg diperlukan dan submit ke sekolah .. tarikh last hantar adalah pada 30hb ogos 2011 (khamis) esok nie ... makanya esok awal2 pagi before ke ofis aku singgah sekolah nak buat pengesahan kemasukan Tahun 1 nie ..pada sesiapa yg tak pasti proses daftar nie aku share info sket apa yg aku lalui .. org lain aku tak pasti sama ker lain encem...
sengihnampakgigi
1. bila nampak banner kena register (selalu dorg ltk kt pagar2 depan sekolah tue) .. biasanya sekolah akan ltk dgn tahun lahir sekali nak bgtau dan memudahkan ibubapa
2. korang dah kena login dan daftar online via website .. negeri selangor > http://apps.moe.gov.my/esppsel/
3. Print borang yg dah daftar online tue .. bwk dokumen2 berikut :

- Sijil Lahir / Sijil Anak Angkat (Asal dan Salinan)
- Bil Utililiti (ELEKTRIK/AIR/TELEFON/ASTRO)... Lihat seterusnya..
- Salinan Kad Pengenalan/Pasport Ibu dan Bapa
- Salinan Sijil Nikah/Cerai... Lihat seterusnya..
- Salinan Hak Penjagaan Anak (Jika Berkenaan)
- 2 Sampul Surat Putih ber saiz 4 X 9 (115cm X 245cm) beralamat sendiri dan bersetem 60 sen

4. dokumen semua tue korang kena hantar sendiri ke sekolah utk sekolah cop kat belakang surat beranak original
5. dalam bulan julai or jun korang kena pegi sekolah utk sahkan sekali lagi .. kalau tak silap bwk lagi sekali surat beranak yg dah dicop tue .. MIL aku advised pegi juga utk double confirm .. mana tau ada dokumen yg tak lengkap ker ..
6. Tunggu sampai dapat surat dari pihak sekolah mcm yg aku dpt kat atas tu
7. Isi borang maklumat murid yg dilampirkan pada surat & buat pengesahan di sekolah mengikut arahan surat tue

boleh cek status penempatan secara online juga

4 comments:

Liasari said...

Yeayyy Adam dh masuk standard 1... dh jadi bog boy lah dia. Harap dipermudahkan semua.

zailamohamad said...

Haziq dapat sekolah Bukit Rimau..pagi tadi baru bapak dia g sahkan tempat..hikhik

selamat hari raya Diana..jemputlah beraya di rumah tapi takde apa yang special tahun ni..biskut raya pon dah habis..hikhik

fini zaini said...

dh nk sekolah drjah 1 ank ko yek diana...ank aku thn 2014 baru drjah 1..tp dh dftar le skolah dia...ank kita dh besor kn..huhuhu

Afne said...

cptnya adam dh nk masuk darjah 1. afne pn br hntr form & supporting documents utk pendaftaran pra sekolah 6 tahun hana. sama je mcm documents utk adam.