Wednesday, April 18, 2007

Bihun Goreng Tom Yam



Malam tadi sempat masak Bihun goreng Tom Yam jer .. seronok sgt dpt spend masa ..golek2 n main2 ngan Adam .. perkara yg menakjubkan ialah .. bila smp jer umh ..I tgh letak2 barang2 dapur lalu depan Adam yg leka tgh main.. suddenly dia menegur mamanya dgn excitednya .. (bahasa baby ler) ..siap tersengih2 ..kaki pulak cam kayuh2 nak pegi kat mamanya .. waaa very touching .. kita yg tgk dia pun xcited ...

This resepi from Kak Nina Rizwina

Bihun Goreng TomYam

Bahan-bahannya:
1 paket bihun
Isi ayam, Daging, Udang, Sotong (terpulang pada individu)
Carrot, Kobis Bunga, kobis bulat, putik jagung, capsicum (terpulang pada individu)
Daun Limau Purut
Pes Tomyam/kiub tomyam
Serai
Bawang merah & bawang putih
Cili Padi
Cili kering yg dikisar
Asam keping
Daun bawang
Bawang goreng
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:
1. Rendam dahulu bihun di dalam air.
2. Potong isi ayam,daging,udang,sotong kecil2..terpulang.
3. Potong sayur-sayuran
4. Tumbuk bawang merah+putih+cilipadi
5. Panaskan minyak
6. Tumis bahan-bahan tumis iaitu (4)
7. Kemudian masukkan cili kering yg dikisar sedikit (ikut kepedasan individu)
8. Setelah garing, masukkan bahan-bahan (2).
9. Masukkan pes tomyam, cili sos sedikit, tomato sos sedikit. Dan masukkan sekali asam keping dalam 2-3 keping.
10. Kemudian masukkan sayuran yg keras2..seperti carrot,kobis bunga,putik jagung.
11. Masukkan bihun dan kacau sehingga rata
12. Masukkan sayuran kobis & capsicum
13. Masukkan garam secukup rasa & tutup api sekiranya dah masak.(Last skalie masukkan daun limau purut)
14. Hidangkan dan hiaskan dengan bawang goreng & daun bawang

1 comment:

Unknown said...

Bihun goreng tomyam pun ada rupanya. Biasa masak mee kari tomyam...boleh cuba ni...

salam perkenalan dari saya...