Monday, January 17, 2011

Choc Kek Kukus ;-)

cool since Jumaat lepas aku bercuti .. my hubby dilanda viral fever ... demam on-off .. smp my hubby tak larat nak kemana-mana ... jadinya kami duduk rumah jer weekend lepas .. me pulak dilanda demam memasak .. dah takder aktiviti nak buat .. barulah berkesempatan nak try resepi Fieza@Mummy Qaisz .. Kek Coklat Kukus ... simple jer resepi dia .. sambil-sambil tue dpt ler rasmi periuk kukus RM17 yg dibeli di Pdg Besar thn lepas tue ... hasil resepi tue dapat ler buat 2 loyang kecik .. ada cooking choc yg lebih dlm fridge tue .. aku masak dan siram curah atas kek coklat .. oh yer .. ada assistant kecik tolong time ni ... he..he...he mrgreen kami siap bagi sepiring kt neighbour sebelah .. TQ fieza .. (aku share resepi ko kat bawah ni) wink


arrow Bahan-bahan

* 1 cawan gula perang
* 1 cawan susu segar perisa coklat
* 1 cawan minyak
* 3/4 cawan serbuk koko
* 1/2 cawan susu pekat manis (kalau nk manis, tambah la susu lg)
* 1 1/4 cawan tepung gandum
* 1 sudu teh soda bikarbonat
* 1 sudu teh baking powder
* 3 biji telur

arrow Cara-cara :-

1. Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder
2. Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.
3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.
4. Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati.
5. Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak/ lapik dengan kertas minyak.
6. Tutup loyang dengan aluminium Foil (aku x tutup ngan aluminium foil ni pon, ok je...) dan kukus selama 1 jam di dalam kukusan yang telah dipanaskan (aku kukus 40mnt je..try cucuk ngan pisau tgk dh masak lom)
7. Angkat dan sejukkan.

5 comments:

Fieza a.k.a ibu Qaisz + Dayana + Anas said...

wahhh...da buat ekkk...sedap kan??
lembutttt jek...ni yang aku nk buat lagi nih...hahaha

Afne said...

waaa nk jugaaaaaakkkkkkkkkk

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra said...

fieza> aku dpt 2 loyang kecik ..kagum tue ..siap bg kt neghbour ... heh..heh... TQ ;-)

afne > harus buat juge ;-)

IDA said...

yummy..nmpk sedap :-)

Anonymous said...

uish..sedap sgt ni.. hantar la kat kuantan sikit..huhuhu.. - yan