Friday, December 18, 2015

Farewell Pn. Noormala Maarof ;-(


Majlis Farewell meraikan  my ex boss Pn. Noormala Maarof  (Baju Biru tengah ) TKP, PTAR Shah Alam diadakan oleh kami staf2 satu jabatan  di Hotel De-Palma Seksyen 19, Shah Alam .. Masa tahun 2010 aku join Bhg Jurnal & Pangkalan  Data she is my boss .. lepas habis cuti-belajar Jun 2014, aku lapor diri  di  Bahagian Pembangunan Sumber  .. masih ada jodoh she is still my boss ..yang membezakan cuma job description shj ... kenangan manis masa aku dpt anugerah APC 2012 & dpt sambung sarjana biasiswa staf masa aku bekerja sebagai staf seliaan dia ..memang akan aku kenang semua tu selamanya ...

nmpk gambar bawah tu aku dah banjir air-mata dah masa dia tengah berucap .. siapa yg tak sedih kan .. boss yang sangat structured, membimbing, tegas, dan mempertahankan staf yg diyakininya betul .. kalau dia lecture staff tu tak pernah kami semua ambik hati berpanjangan sentap2 bagai .. boss yg x kedekut ilmu dan wang-ringgit .. ada setengah orang  jenis yg berkira bila melibatkan  bab2 RM dan bab nak mencurahkan ilmu-tunjuk ajar pada staf ni .. lagi2 kami di Bahagian Penbangunan Sumber ni dikira dept yg agak  besar dengan  lebih-kurang 24 orang staf ni .. especially bila ada majlis2 meraikan staf, birthday staff mmg boss kami ni tak  x pernah lokek hulur duit meraikan kami2 ..

 kalau dia marah pun jenis tak simpan dalam hati lama2 .. marah dia semua bersebab demi nak tunjuk-ajar staf .. banyak ilmu yg dia guide.. Nasihat.. Teguran .. Bukan psl kerjaya sahaja.. Termasukla bab kesihatan.. Keluarga.. Diri dan kehidupan..  Kami akan merindukan saat2 & moment2 indah semua itu nanti... Buat Puan Noormala, kami2 staf2 bawahan ni ..  memohon ribuan kemaafan   atas segala salah-silap dan keterlanjuran kami sepanjang kami  menjadi staf puan .. memang lepas ni kami semua akan merindui teguran dan bebelan manja puan .. Kami mendoakan puan sihat-sentiasa .. dirahmati Allah .. dan bahagia disamping keluarga tersayang ... kami sentiasa ingat dan sayang puan .. With Lots of Love ;-(


Bertemu dan berpisah ...
Adat manusia biasa ...
Hilang dimata tapi di hati tidak lupa ...
Berdoalah kita agar aman dan sentosa ...
Semoga kita berjumpa lagi di lain masa ...

No comments: